ZIKIR HARIAN

Hari Ahad:

Ya Hayyu Ya Qayyum

Hari Isnin:

La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim

Hari Selasa:

Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim

Hari Rabu:

Astagh firullahal 'a ziim

Hari Khamis:

Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdih

Hari Jumaat:

Ya Allah

Hari Sabtu:

La ilaha illallah

Friday, December 24, 2010

A L E R T !

HE'S NOT INTO YOU WHEN ;

1 - tak penah na call kalo kte tak call dlu and SMS pon sme jea.

2 - byk jea alasan ble ajak kua.

3 - alih perhatian ble kte bercerita

4- mls join kte ngn kwn2.

5 -takde jwpn ble ditanya knpe syg kte..

6 -complain psl bdn kte again and again. hey!

7 - ske bandingkan kte ngn gurl2 len . 




 kalo ade hint2 camnih,btter angkat kaki!! 



**peringatan utk diri sendiri and others . ;) 

Monday, December 20, 2010

PENANG maliii........... :)

aii korunk..
ini alii aku mau cte taim aku g penangg ituu alii....
9hb Dis 2010. :)
seminggu yg lepasss dah pon...
aku tggu laa kat stesen buss uhh kul9,,,
bus aku kul9.30 pagiii... 
tggu punya tggu.... sampai laa kul9.30...
bus ta sampai2...
gerammm nyew, dah laa kaunter bus tuu tutupp... 
geram nk sepak2 jew owg yg jaga kaunter uhh.. dah laa sombongg!
naseb laa kat belakan tiket uh ada no tel dy..
aku col laa...
dy chakap, 
"BUS ADEK TOLOKK DOHH, ADEK DUK MANO? "
"SAYA ADO JAHH KAT STESENN BUHH NIH, KAT DEPAN KAUNTER TIKET NI LAA... DARII KUL9 LAGGIII SAYO TGGU..."
"ADEK MARII SEBLOH CNI LAA... ADEK DUK SEBELOHH SANO WAT GAPO... "
"TUTT............TUTTTT..........TUTTTT"
aku letok gtu jahh... gereyy tekpomm....
sero po kwangja d ctu.. hii.. SORI laa kakak... saya gereyy tekpom... 
aku pon g laa sblahh sano. upe nyew, ada lagii satu kaunterr d sana.. hii... ;p
"KAK, RANO? SAYO MEME NKG PENANG PAGII NIH JUGOP... "
"XPO2, ADEK TUPEY BUS HOP NOKG ALOR SETARR,,, NATI TUKA BUS KAT GERIK..ADEK IKUTT ABE NIH. "
"OK, TERIMA KASIH KAK" 
aku ponn nek laa buss tuu.. nasebb laa baikk... ;p
sampai kat GERIK uhh, aku turun laa cari buss g kew PENANG...
cari punya carii...
ta jumpa.... 
aku g laa toilett duluu..
tareekk nafass...............................................
mata akuu liarr mencari buss tuhh...
tutt tutttt.. sebelah bus aku nek jew... poorah!
maka,SELAMAT SUDAA AKU TUKAA BUS. HAHA,
lagii satuu, jalan dai klantan nkg penang uhh...
uiih! ta tertahannn akuu.... peningggg doee..
muntah2 hakuu... eeyuuuckss!
ase cam serik nk g penang dahhh.... ;p
ouh MY AEEYKA ! aku g melaka jewlaa jumpa mu.. ea? ;p

tp, seronok laa dapatt jumpa TWiNN aku,,, n kwagaa angkatt aku. :)



ble penat... grr.
wif aaeeyka n dyla.


mama papa n aiman. :)
me n aaeeyka,
heart u. :)

me mama n dak cik dyla. 
jam kita shama sayunk ! ;p
<3 you !

saia + k.gee + abe myd + my aliff. ! 
sayaa dan kak gee. 
saya na nekk kete niihhh ! grr ! 

Friday, December 17, 2010

pernah ta korunk putuss asa ngan rahmat TUHAN. ?~

…kelak akan membawa putus asa pada Tuhan…Ingatlah bisasanya kabus, tak berpanjangan..selepas ia berlalu, pasti cerah kembali….
Ungkapan ini datangnya dari sebuah lagu – Kehidupan, oleh InTeam + Nazrey ..Indah sekali lirik dan lagunya….halus senikatanya. Sehinggakan jika dilagukan, akan terungkai sedikit rasa gusar, sukar, serabut yang bergumpal didalam kepala. Ya betul, apa jua kesusahan yang diturunkan oleh Allah kepada hambanya, sudah tentu bersebab. Walaupun kadangkala hanya Allah yang tahu kenapa, kita insan yg amat lemah, perlu kuatkan semangat. Yang paling penting, dugaan ini sebenarnya menguatkan hubungan insan – tuhan, yakni hablumminallah…Paling tidak pun, sekurang-kurangnya kita akan kembali kepada pencipta, memohon pertolongan, memohon ketenangan hati, memohon dipermudahkan urusan….Apabila urusan dipermudahkan, apabila terdapat sedikit cahaya didalam kesusahan itu, itulah nikmatnya….Ujian adalah tarbiah dari Allah. Tanpa ujian, bagaimana hendak dibuktikan kesetiaan kita kepada Allah?
Sentiasalah berzikir kepada Allah didalam hati – secara istiqamah…InsyaAllah ketenangan yang dicari akan dicapai…
Senantiasalah juga menjaga hubungan insan – insan, yakni hablumminannas, InsyaAllah, Allah akan memelihara kita. Hubungan dengan Allah akan lebih kuat jika kita menjaga hubungan sesama insan.
Lirik lagu Kehidupan
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah lepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jgn lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kita kan sabar atau sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan
-InTeam + Nazrey

Friday, December 3, 2010

cebab KAPEL BERclash !

hai hai n hai. ;)
meh2. ari ni punya entry sal clash2. haha.
cam best. tp aku xnk laa mende camni jadik kat aku.
aku da tua.. x larat dah. wakakaka... ;p
okey, jum2... LYANZZ ! zasssss!!!


1.Wujud org ketiga

Biasala kn dengar pasal mende2 camni. Curang2 semua ni ape kes beb? Slalunya couple2 muda mesti terlibat ngan masalah camni. (I juga begitu!haha) Laki perempuan sama ja. So elak2 kan la buat camni ye!Sebab tu la kot muncul lagu cinta tiga segi tu kan? hehehehe~

2. Family matters

Ada tak antara korg yg prnah terlibat ngn kes2 camni? Contohnya, ibu bapa tak berkenan ngan pilihan korg? Actually ada jugak yg jadi camni. Bila dah tak tahan ngan family masing2, lastly clash. Kalau dah jadi camni, doa ja la yg mampu pon. Mintak hati keluarga masing2 terbuka terima pilihan kita.

3. DUIT

Ni pon jadi masalah? yes! zaman sekarang duit penting ye abang2. Bukanla nak suruh jadi jutawan, tapi kalau nk makan sendiri pon xmampu, suasah jgk . Tp kalau perempuan or lelaki yang memahami, duit x sepatutnya jadi masalah. Time dating tu, kongsi2 la kan. Nak harapkan sebelah pihak pon mana bole. Tambah2 student, duit sendiri pon blom ada. Haiya! =.='

4. Dah tak sayang

Kau tak paham ke? Dah aku tak sayang tu blah ar!! uisshhh, kasor benor tu. Bagi ja pelempang sekali, pastu blah. haha! Selalunya kes camni dikaitkan ngn muncul org ketiga la. Tapi! kalau tiap2 hari bz, untuk awek pon tak da masa, mmg bubbye je la bang. Bertempat jgk bz pon, klau benda lain boleh dibuat, tp nak call seminit pon alasan berjuta, mmg selamat tinggal romeo lah jawabnya. Bila time camni lah orang ketiga boleh menyelinap! so berhati2 lak occcaaayyyh! :)

5. Sebab muka kau dah berubah jadi xhensem/lawa

hah! ada ka sebab camni?? haha. mengong. ni mmg jenis memilih la kan. Tak pon cinta cyber. ye lah, mcm korg2 yg jumpa bf/gf dalam facebook ke myspace ke. Mesti knal dlu bru jumpa kn? Dalam gambar, perrrggghhh! tp jumpa, hampeh. Tu pon sebab2 clash jgk. So better jumpa dulu baru couple oke!

6. Kedekut

"What?! u nak masuk toilet pon pinjam 20sen i??! " Kalau dah kedekut sangat, mmg cari lain la jawabnya. Agak2 la nak berjimat pon. Kalau 20sen pon xnak kuar sendiri, ehh kau! belahhla! Yang tahan tu oke la, tp bole ke korg tahan kalau memanjang duit sndiri ja kuar? pikir skrg pikir!

7. Tidak sehaluan

Kalua dah sorg utara, sorg selatan. Camna kn? Putus ja la jalan terakhir. Tp apa2 pon, bawak2 la berbincang. Pikir balik, dulu boleh ja sehaluan, npa skrg xbole kan?

8. Anak mak

Haa! jenis ni pon susah jgk. Macam anak manja la jgk. Manja cket2 sudah la, kalau nak gi date pon ajak mak, apa kejadahnya? hahah. Buat tu tnya mak, buat ni tnya mak. kadang2 tu boleh gila jugak. (p/s : apa2 pon, hormatilah ibu anda)

9. Tak da sebab

"U, i rasa cam nak break la. Mood break kot hari ni. Tengok la esok lusa kalu i nak couple balik"
ewahh2. suka hati kau je! Sapa yg pernah jadi camni, make sure penampar cukup 3 kali, then tinggal je! kikiki~



oke? punca korunk clash laen ea? huk2. oke, aku btaw pew yg aku selidikkkk jewkk. uke? =.=
korunk yg ta pnh ase gmana prassan BERclash nih. daa2, p mintak putus ngn pkwe/mkwe korunk skg. ;p 
uke. sekian! tengs fur reading ea. :)


   

Thursday, December 2, 2010

BACA DENGAN TELiTi, HAYATi DNG HATi :)

LELAKI 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 


BERATKAN? 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat) 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 

WANITA : 

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? 

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan 
anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 
2. isterinya , 
3.anak perempuannya , dan 
4. saudara perempuannya. 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 
2. ayahnya, 
3. anak lelakinya dan 
4. saudara lelakinya . 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan 
3. taat suaminya dan 
4. menjaga kehormatannya . 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... 

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi 
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) 

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri " 

Hikmah sujud - 

Sujud lega sistem pernafasan 

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 

- meringankan bahagian pelvis. 

- memberi dorongan supaya mudah tidur. 

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 

- mengurangkan kegemukan. 

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. 

Tujuh kalimat 

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " 

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa 

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan 

1. Biarkan posting ini tetap dalam facebook Tok Wan. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda. 

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim. 

AMIN. 

Surah Al-Munaafiquun : 
Ayat : 9 
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. 
Ayat : 11 
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan. 

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! 

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. 

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). 

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. 

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. 

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. 

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. 

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata. 

Salam Ukhuwah..~

Wednesday, December 1, 2010

cara nak mengatasi rsa MARAH. :)

Alright entri kali ni i nak share dengan korang tips2 yang perlu kita praktis bagi menghilangkan perasaan marah. Perasaan amarah ini bak seumpama bukit yang tinggi. Jika kita tak dapat mengawal perasaan ni mungkin boleh menjadi gunung tetapi andai kita bijak mengawalnye insyaAllah ia akan menjadi semanis madu.


saya pun memang diakui seorang yang agak cepat marah. Silap2 hari bulan boleh tukar jadiHULK HOGAN.huhu.. So, sama 2 la kita praktis tips2 yang i ceduk2 dan ubah kasi cedap ;)



baby pun hot!!!
  • Baca Ta'awwuz ( “A'uzubillahi minas Syaitanirrajim” yang bermaksud jauhilah kami dari syaitan yang kena rejam ) kerana marah itu datang daripada hasutan syaitan.
  • Ambil wudhu kerana wudhu ni bak ais yang menyejukkan sesuatu yang hot.
  • Berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar diselamatkan kita daripada sifat marah. Berdiam diri tue lebih baik dari bercakap banyak yang kadang2 menampakkan kebodohan diri sendiri.
  • Try imagine satu suasana yang indah dan mendamaikan macam suasana angin sepoi bahasa di tepi pantai atau bunyi air terjun yang menderu indah. Bestkan insyaAllah tenang…
  • Tak pun try imagine betapa buruknya rupa kita ketika sedang marah. Kalau tak percaya sila tengok cermin bila marah agaknye macam mana rupa kita. Confirm hodoh. Hehe..
  • Kalau time kita nak rasa marah sangat2 tue kita berdiri, seeloknye kita duduk, kalau kita duduk pulak, better bersandar la kat mana2 tiang terdekat tue. Ni nak kasi kita cool down sikit.
  • Kita pun tak suka bila orang marah kan kita, dah tue samalah dengan orang lain tak suka jugak kena marah. So, sebaiknya tegurlah dengan cara yang lemah lembut dan kasih sayang.
  • Kalau semua cara kat atas tak berkesan jugak dengan korang. Ni i nak kasi share tip top punye tips iaitu baik korang tidur je terus. Tidur confirm dah takde perasaan marah kan2??huhu… ;p


entry nih i "COPY n PASTE" ahaa.
ase cam berGUNA jewp ...  SEKiAN. :)